Sunday, January 8, 2012

SYAKIRAH AIMI BINTI SUPIAN


Kyra , awak telah menyembuhkan hati saya yang disakiti , yang tercalar lagi remuk . Awak telah membawa Nur yang bersinar menerangi kegelapan hati saya .

Tanggal 1.1.2012 , pada jam 2.20 pagi telah awak nyatakan kesudian awak untuk mencintai saya . Bahagia nya saya hanya Allah yang tahu . Saya menjalani hidup bersama awak walaupun berjauhan . Saya di Selangor , awak di Perak . Ternyata kita banyak persamaan . Jelas sekali awak sangat memahami saya juga selalu mengingatkan saya yang selalu lalai tentang solat  . Awak bukan seperti gadis yang lain . Awak adalah seorang teman yang istimewa . Awak mengubah cara hidup saya . Awak ubah hati saya yang berada dalam kegelapan.

Saya bersyukur dengan adanya awak disisi saya menemani jatuh bangun saya . Membuatkan mulut saya tidak berhenti tersenyum lalu tergelak dan ketawa. Kewujudan awak mengindahkan hari hari saya . Tiada kata lain selain Sayang yang boleh saya ucapkan untuk menggambarkan awak . Saya tidak sanggup untuk kehilangan awak . Kalau saya bukan yang pertama bagi awak , biarlah saya menjadi yang terakhir buat awak . Jadilah seorang teman yang sanggup menemani masa muda saya hingga saat terakhir hidup saya . Akhirilah hubungan kita dengan sebuah perkahwinan , agar kita sentiasa menjadi Halal buat selama lamanya .

*Saya harap awak selalu amalkan doa yang saya bagi ye sayang.

Sayang , selalu lah berdoa agar cinta kita kekal hingga ke Jannah , InsyaAllah .
Assalamualaikum :')