It's over . Saya dan Syakira Aimi hanya kawan .
Kami bertemu dan bercinta dengan cara yang baik dan tak salah untuk kami berpisah secara yang baik .
Untuk kebaikan diri sendiri , dia dan orang lain .
Tidak saya ragui , saya merupakan lelaki bertuah yang pernah menduduki Carta Hati si dia .
Walaupun telah ramai cuba memikat tetapi saya yang dapat .
Sungguh tak percaya , Syakira Aimi mengubah laluan hidup saya .
Daripada hampir terpesong kembali ke jalan lurus .
Daripada hati gelap , menjadi terang .
Walaubagaimanapun ,
Perubahan pada dirinya membuatkan saya raguragu untuk menjadi miliknya .
Mungkin saya tidak layak untuk duduk di tepi dia , menjadi raja sehari .
Mungkin saya hanya layak duduk di meja tetamu dan memerhatikan dari jauh dan membisikkan di dalam hati 'Semoga hubungan kau dengannya kekal abadi , InsyaAllah'
Amat sukar untuk saya lafazkan kata perpisahan ..
Tetapi pada awal pagi Khamis , 9 Februari 2012 saya telah mengucapkannya dan kita telah berpisah .
Tangisan menjadi peneman ...